fbpx

Datuk tak taja saya – Atikah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Atikah

PETALING JAYA – Pelakon jelita kelahiran Singapura, Atikah menafikan skeptikal segelintir pihak bahawa kehidupannya kini ditaja teman lelakinya, Datuk Lokman Teh, seorang pewaris sebuah jenama produk penjagaan badan popular.

Pelakon berusia 30 tahun itu menegaskan, dia tidak pernah mengharapkan sebarang kemewahan daripada Lokman, 32 yang sudah dikenalinya sejak 2019.

“Dia tak pernah manjakan saya dengan kemewahan atau menaja kehidupan saya.

“Kalau benar dia menaja saya, saya tidak perlu susah-susah lagi bekerja sebagai pelakon, perah keringat siang dan malam se­perti sekarang,” ujarnya kepada K­osmo! Ahad.

Bagaimanapun, pelakon drama Dendam Cinta Arissa itu mengakui dia juga mengimpikan sebuah kehidupan yang tidak memerlukannya bekerja.

“Kalau boleh saya nak jadi Tai Tai (gelaran wanita yang hidup mewah dalam bahasa Kantonis).

“Tetapi saya masih perlu be­kerja mencari rezeki, tanggungjawab saya bukan hanya pada diri sendiri, tetapi juga ibu bapa di Singapura,” katanya lagi.

Tambah pelakon itu, isu tajaan tersebut mungkin tercetus kerana dia suka bergurau dengan pengikut Instagramnya.

“Saya selalu bergurau dengan menulis yang saya beruntung memiliki teman lelaki kaya.

“Tetapi pengikut Instagram saya bagus, mereka faham itu hanya gurauan dan tak pernah jadikannya sebagai isu,” jelasnya.

Untuk rekod, Atikah atau nama sebenarnya Nur Atikah Mohd. Suhaime pernah bertunang dengan penyanyi Awi Rafael pada Mac 2018 sebelum berpisah pada 14 Mac 2019 iaitu tiga hari sebelum pernikahan. Dia kemudiannya berkenalan dengan Lokman pada Julai 2019.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI