KETUPAT serta lemang pastinya tidak asing dalam kalangan masyarakat Melayu di Semenanjung, namun berbeza bagi masyarakat di pantai barat Sabah terutamanya etnik Brunei serta Bisaya yang begitu sinonim dengan makanan tradisi dikenali sebagai kelupis. Kelupis boleh dikatakan hidangan wajib setiap kali tibanya perayaan, kenduri mahupun majlis perkahwinan. Malahan majlis perkahwinan melibatkan etnik Brunei di Sabah ibarat tidak lengkap sekiranya tiada acara membungkus kelupis atau sering dipanggil ‘mengelupis’ sebelum majlis itu berlangsung. Dihasilkan menggunakan beras pulut dan santan, makanan tradisi ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya