PETALING JAYA – Seramai 30 individu dikenakan kompaun selepas didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan wabak Covid-19 ketika bermain futsal di gelanggang futsal sekitar Sri Gombak semalam.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kesemua individu yang dikenakan kompaun terbabit berusia dalam lingkungan 19 hingga 23 tahun.
“Kita telah menerima aduan orang awam kira-kira pukul 9.30 malam bahawa terdapat sekumpulan individu bermain futsal di sebuah premis dengan tiada pematuhan SOP.
“Bertindak atas aduan, kita telah menjalankan pemeriksaan dan mendapati 28 individu gagal mematuhi SOP iaitu penjarakan fizikal dan aktiviti yang masih tidak dibenarkan dalam sektor sukan dan rekreasi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, pihaknya turut mengambil tindakan kompaun terhadap dua pemilik kerana tidak mematuhi SOP. -K! ONLINE