fbpx

VIP terlibat sindiket edar dadah dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hamid Bador (kanan) bersama Mustapa Mohamed (tengah) meninjau tapak projek pembinaan IPD Jeli yang baharu hari ini.

JELI – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah mengenal pasti individu berstatus orang kenamaan (VIP) termasuk Tan Sri, Datuk Seri atau Datuk yang terlibat dengan sindiket pengedaran dadah di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, siasatan lanjut telah dijalankan terhadap rangkaian yang mempunyai kaitan individu VIP dalam kegiatan tersebut.

“Kita sudah kenal pasti rangkaian tersebut dan tindakan terhadap mereka akan diambil. Mereka berselindung dengan gelaran dan menjalankan perniagaan yang sah, namun sebenarnya terlibat dengan kegiatan haram.

“Ini bukan janji kosong PDRM kerana kebanyakan yang ditangkap hanya golongan bawahan sedangkan golongan atasan bergembira dengan kehancuran orang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas meninjau perkembangan terkini pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat.

Mengulas lanjut, Abdul Hamid berkata, pihaknya juga tidak akan berkompromi dan mahu individu terlibat dihadapkan ke muka pengadilan dan dijatuhkan hukuman yang setimpal. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI