NYON, Switzerland – Aksi pusingan 16 pasukan terbaik Liga Europa bakal menyajikan pertembungan epik antara dua gergasi Eropah, Manchester United dan AC Milan.
Perlawanan yang akan berlangsung pada 11 dan 18 Mac depan, pastinya ditunggu-tunggu peminat bola sepak berdasarkan prestasi cemerlang ditampilkan kedua-dua pasukan ketika ini.
Apa yang pasti, The Red Devils pastinya akan terus mengharapkan sentuhan pemain terbaik, Bruno Fernandes, manakala Milan mempertaruhkan kemampuan Zlatan Ibrahimovic.
Lebih menambah kehangatan, ini adalah kali pertama kedua-dua pasukan bertemu selepas kali terakhir bertembung sesama sendiri pada pusingan kedua Liga Juara-Juara 11 tahun lalu.
Sementara itu, satu lagi pasukan pilihan, Arsenal dilihat berdepan tugas sukar apabila diundi menentang wakil Greece, Olympiakos yang pernah menewaskan mereka di pusingan 32 terbaik musim lalu.
Tottenham Hotspur melengkapkan tiga wakil England pada pusingan 16 terbaik dan diundi diundi bertemu juara Liga Croatia, Dinamo Zagreb. – AGENSI