fbpx

Tiada kekasih, Shaza ‘cemburukan’ Janna, Dini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAZA BAE

PETALING JAYA: “Bukan cemburu cuma keseorangan.”

Itu desis hati pelakon tinggi lampai, Shaza Bae setiap kali memikirkan ruang hatinya yang belum bertuan.Perasaan sebegitu juga terdetik saat menatap kebahagiaan pasangan merpati dua sejoli yang asyik memadu kasih depan matanya, khususnya di lokasi penggambaran.

“Kadangkala apabila melihat kemesraan Dini Schatzman dan kekasihnya Janna Nick selaku hero-heroin di lokasi, terasa diri seperti keseorangan,” akui Shaza yang semakin dikenali menerusi drama bersiri Marry Me Senorita.

SHAZA menjadi dalang yang cuba menghancurkan hubungan Janna dan Dini dalam Marry Me Senorita.

Shaza Nuriman Mohd. Zamri, 26, menjelaskan, mujurlah perasaan tersebut sekadar lintasan dalam fikiran dan tidak langsung mengganggu fokusnya terhadap kerjaya bukannya soal cinta.

Enggan memberatkan emosi memikirkan soal hari, Shaza bagaimanapun tidak menolak ketentuan jika ada lelaki kiriman Tuhan sebagai jodohnya.. 

“Siapa kita untuk menolak takdir dan ketentuan-Nya. Cuma keinginan untuk mencari pasangan bukanlah fokus utama sekarang.

“Otak saya ligat mencari ruang untuk memperbaiki diri mengorak langkah lebih jauh dalam bidang seni. 

“Sesetengah pihak pasti berpendapat usia saya ini bukanlah muda lagi, jadi saya pilih untuk menggunakan kesempatan ini mengukuhkan nama dalam bidang seni,” kata Shaza kepada Kosmo! Online. 

Bercerita mengenai perkembangan kerjaya, selain mendidik diri untuk selalu memberikan impak dalam lakonan, Shaza turut mengidamkan watak autisme pada masa hadapan bagi mewarnai portfolionya kariernya.

Dia juga enggan terikat dengan watak yang sama dalam setiap naskhah dan seboleh-bolehnya mahu mencuba sesuatu yang baharu.

SHAZA mahu mencabar diri membawakan watak-watak berat dan keluar dari zon selesa.

“Saya ingin mencuba pelbagai watak dan tidak hanya dilihat sering membawakan karakter yang sama. Watak berat bukan sekadar mengalirkan air mata, tetapi menguji diri melakonkan sesuatu yang berbeza.

“Andai diberikan peluang, saya teringin menjayakan watak wanita autisme kerana mencabar diri keluar daripada zon selesa. Mungkin juga watak berkerusi roda, yang memerlukan penghayatan daripada mimik muka dan lontaran dialog.

“Saya mengagumi cara lakonan Nur Fazura. Dia seperti menjadi diri sendiri dan tidak kelihatan seperti berlakon. Malah, saya turut mengagumi personanya secara peribadi,” katanya.

Juara Dewi Remaja 2019/2020 itu sedang menjadi bualan ramai menerusi lakonan cemerlangnya sebagai Rossa Arabella, watak antagonis dalam drama bersiri Marry Me Senorita yang mula ditayangkan di Astro Ria sejak 2 Februari lalu.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI