fbpx

Seramai 131,455 individu pulang sejak Julai tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seramai 131,455 individu yang pulang ke negara ini melalui pintu masuk sempadan antarabangsa sejak 24 Julai sehingga semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesemua mereka telah ditempatkan di 77 buah hotel dan 12 Institut Latihan Awam serta Institusi Pengajian Swasta.

Menurutnya, daripada jumlah itu, seramai 7,084 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 749 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan.

“Bagaimanapun, seramai 123,622 individu telah dibenarkan pulang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai pemeriksaan di tapak binaan, beliau berkata, anggota penguat kuasa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) membuat 16 pemeriksaan tapak binaan di seluruh negara.

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua tapak binaan terbabit mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan.

“Secara keseluruhannya, CIDB telah melakukan 15,800 pemeriksaan melibatkan 8,942 tapak binaan sejak 20 April lalu,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI