fbpx

Sabah idam penamat lebih baik Liga Super

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BOBBY Gonzales merupakan salah seorang pemain berpengalaman yang memperkuatkan skuad Tambadau musim ini. – FOTO SABAH FC

SELEPAS menamatkan saingan Liga Super 2020 di kedudukan ke-10, Sabah FC tekad memperbaiki prestasi mereka menjelang sepak mula musim baharu pada 6 Mac depan.

Skuad Tambadau itu dijangka mampu menghadirkan cabaran sukar buat pasukan-pasukan lain apabila sudah membawa masuk pemain berpengalaman seperti Bobby Gonzales dan N. Thanabalan.

Selain itu, kemasukan penyerang veteran, Mohd. Amri Yahyah turut menjadi perhatian dan ketua jurulatih Sabah, Kurniawan Dwi Yulianto percaya bekas pemain Selangor itu mampu memberi sumbangan besar.

“Ramai yang mempertikaikan keputusan saya membawa masuk Amri yang sudah berusia 40 tahun. Bagi saya, usia tidak penting kerana dia ada pengalaman yang sangat luas bagi membantu kami menamatkan saingan musim ini di kedudukan lebih baik.

“Selain itu, dia juga mampu memberikan pengaruh yang baik kepada pasukan selain boleh mengawal bahagian tengah. Pres­tasinya tidak jauh beza dengan pemain-pemain muda yang lain,” kata Kurniawan.

Pada masa sama, pengendali dari Indonesia itu berpuas hati dengan aksi yang ditampilkan pemain-pemain sepanjang persiapan pramusim menjelang aksi sulung menentang Melaka United­ 6 Mac nanti.

“Selepas beberapa hari menjalani latihan, saya dapat lihat pemain-pemain sudah mula memahami apa yang saya mahukan daripada mereka. Semua pemain bekerja keras untuk membuktikan kemampuan masing-masing.

“Saya juga dapat lihat sikap serta karakter setiap pemain dalam latihan. Mereka semua faham apa yang diperlukan untuk menjadi seorang pemain profesional,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI