fbpx

Permaisuri Johor beri sumbangan 105 unit komputer riba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hishamuddin menyerahkan komputer riba kepada salah seorang penerima.

PETALING JAYA – Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah memberi sumbangan sebanyak 105 unit komputer riba kepada para pelajar yang memerlukan dari 35 sekolah sekitar daerah Johor Bahru.

The Royal Johor menerusi satu hantaran yang dikongsi di Faceboknya berkata, golongan ibu bapa dan pelajar melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada Permaisuri Johor.

“Kesemua pelajar yang menerima sumbangan tersebut adalah daripada keluarga B40 yang tersenarai di dalam E-Kasih daerah Johor Bahru.

“Ia sebagai tanda keprihatinan Baginda Tuanku Permaisuri atas cabaran yang mereka hadapi dalam melalui sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” tulisnya di Facebook hari ini.

Penyerahan kurniaan komputer riba disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ), Hishamuddin Abd. Rahim. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI