fbpx

Pasukan THT tempang tanpa tiga pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAIZAL (depan) meminta pihak yang pernah berkontak rapat atau berjumpa dengannya dalam tempoh seminggu dua agar menjalani ujian saringan Covid-19 dalam kadar segera.

PERSIAPAN Pasukan Hoki Terengganu (THT) menjelang saingan kejohanan TNB Liga Hoki Malaysia (TNB MHL) 2021 pada 11 Mac ini sedikit terganggu apabila tiga pemainnya disahkan positif Covid-19 semalam.

Penyerang kebangsaan, Faizal Saari dan Shello Silverius yang akan beraksi bersama skuad THT antara pemain yang disahkan dijangkiti pandemik itu sekali gus bakal terlepas untuk beraksi pada 11 Mac nanti.

Pemain yang dijangkiti pandemik tersebut perlu menjalani kuarantin dengan Shello kini berada di pusat kuarantin Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang semalam.

“Pada 23 Februari lepas, saya menjalani ujian saringan Co­vid-19 di Klinik Kesihatan Titiwangsa dan keputusan adalah positif. Kini saya berada di MAEPS untuk menjalani kuarantin.

“Saya berharap sesiapa yang ada kontak rapat dan berjumpa saya pada dua minggu lepas sila menjalani kuarantin dan pemeriksaan di klinik berdekatan. Maafkan saya jika menyusahkan anda semua,” katanya semalam.

Sementara itu, pemain kebangsaan, Faizal memohon sesiapa yang pernah berhubung dengannya diminta untuk menjalani ujian calitan dengan segera.

“Saya positif Covid-19 dan mana-mana kontak rapat atau pernah berjumpa dengan saya dalam tempoh seminggu dua ini bolehlah buat ujian.

“Ini adalah isu yang sensitif dan harap semua pihak memahaminya. Saya juga ingin pesan kepada semua agar sentiasa jaga diri, gunakan pelitup muka dan sentiasa guna pencuci tangan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI