SEREMBAN – Pasar Tani di Negeri Sembilan dibuka secara berperingkat dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat selepas ditutup dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurut Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Sembilan, Asmizal Jaafar, pihaknya telah membuat sistem penggiliran kepada peniaga supaya dapat mengekal jarak satu meter antara gerai.
“Sistem itu bagi memastikan kesemua peniaga dapat menjalankan aktiviti perniagaan seperti biasa untuk menjana pendapatan,” katanya ketika sidang akhbar program Info On Wheel di Pasar Tani Taman Kemuning di Senawang di sini hari ini.
Menurutnya, pendapatan peniaga pasar tani di negeri ini juga tidak terjejas kerana FAMA sentiasa membantu sepanjang tempoh PKP dari sudut aktiviti promosi dan pemasaran. – K! ONLINE.