fbpx

Nadal terpaksa tarik diri ATP Rotterdam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NADAL masih bergelut dengan kecederaan belakang badan dialaminya pada Terbuka Australia baru-baru ini. – AFP

AMSTERDAM – Bintang tenis No. 2 dunia, Rafael Nadal enggan mengambil risiko kecederaan yang dialaminya ketika ini sekali gus menarik diri daripada Kejohanan ATP Rotterdam minggu depan.

Nadal, 35, masih bergelut de­ngan kesakitan di bahagian belakang badannya selepas tewas kepada Stefanos Tsitsipas pada suku akhir Terbuka Australia di Melbourne baru-baru ini.

“Walaupun kecewa tetapi saya terpaksa membuat keputusan menarik diri daripada kejohanan di Rotterdam demi kebaikan karier saya.

“Semua orang tahu saya me­ngalami kecederaan di bahagian belakang badan di Australia. Kecederaan itu bermula di Adelaide dan berlanjutan sehingga ke Melbourne,” kata Nadal.

Nadal mengakui, dia dapat menyelesaikan masalah itu buat sementara sewaktu di Australia tetapi doktor menasihatkannya berehat selepas menjalani pemeriksaan di Sepanyol baru-baru ini.

“Doktor telah menasihatkan saya supaya tidak melibatkan diri dengan mana-mana kejohanan minggu depan.

“Saya sebenarnya tidak sabar untuk kembali ke Rotterdam kerana ini antara kejohanan ke­gemaran saya. Tahun ini adalah peluang untuk saya menunjukkan kebangkitan dan berharap dapat kembali bermain di sana pada masa depan,” ujarnya.  – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI