fbpx

Duta Besar AS gembira dapat kembali ke Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Brian McFeeters

PETALING JAYA – Duta Besar Amerika Syarikat (AS), Brian McFeeters gembira dapat kembali ke Malaysia.

Beliau yang pernah bertugas di Kedutaan AS di Kuala Lumpur sebagai penasihat politik dari tahun 2009 hingga 2011 tiba di negara petang semalam.

“Sepanjang masa saya di sini sepuluh tahun yang lalu, saya bertuah dapat bertemu dan bekerja dengan ramai rakyat Malaysia yang berbakat dan berdedikasi.

“Saya tidak sabar untuk kembali bekerja dengan pasukan Kedutaan AS yang kukuh, yang merangkumi wakil dari seluruh kerajaan di samping matlamat keseluruhan kami ialah hubungan yang lebih erat dengan rakyat dan kerajaan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, Presiden AS, Joe Biden, menekankan bahawa Amerika perlu bekerjasama dengan rakan, sekutu, dan rakan kongsinya di seluruh dunia untuk memerangi pelbagai cabaran global terutamanya kesihatan awam, pemulihan ekonomi serta pemerdagangan orang dan perubahan iklim.

Tambahnya lagi, beliau sedar banyak perkara perlu dilakukan termasuk menewaskan ancaman Covid-19.

“Saya gembira kerana vaksin Pfizer-BioNTech berjaya tiba di Malaysia dan pelancaran vaksin telah bermula,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI