fbpx

Bapa sakit saraf sedih anak 7 tahun koma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOR ISMAWATI memberikan susu formula kepada anaknya, Nursyazwa di rumahnya di Kampung Sri Gunung Pulai 2, Pekan Nanas, Pontian baru-baru ini.

PONTIAN – Sebuah keluarga yang tinggal di Kampung Sri Gunung Pulai 2, Pekan Nanas di sini berdepan ujian berganda apabila bapa dan anaknya mengalami masalah kesihatan.

Meskipun pahit untuk ditelan namun itulah takdir yang diterima, Mohd. Shahrizan Subohi, 40, yang menghidap sakit saraf sejak setahun lalu.

Susulan itu dia tidak mampu untuk melakukan kerja-kerja berat selain hanya mengambil upah menjahit sofa dengan pendapatan RM1,000 sebulan untuk sara isteri, Nor Ismawati Sanusi, 39, dan lima anaknya berusia antara tujuh hingga 17 tahun.

Mohd. Shahrizan sekali lagi diuji apabila anak keempat, Nursyazwa Qhuraisya, 9, koma sejak 10 Februari selepas menjalani pembedahan membuang lebihan cecair pada otak.

“Anak saya pengsan dan terjatuh di dalam rumah sebelum tidak sedarkan diri

“Dia kemudian dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru untuk pembedahan membuang lebih cecair pada otak, anak saya koma sehingga kini,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini.

Jelasnya, Nursyazwa terpaksa diberikan minum susu formula khas melalui tiub yang berharga RM188 setin.

Isterinya, Nor Ismawati sebelum ini bekerja di kilang sofa di Pekan Nanas dengan pendapatan RM1,500 sebulan terpaksa berhenti kerja untuk memberi perhatian sepenuhnya kepada Nursyazwa.

Mohd. Shahrizan berdoa dan berharap supaya anaknya dapat sembuh serta menjalani kehidupan sepertimana kanak-kanak seusianya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Pekan Nanas, Yeo Tung Siong tampil menziarahi keluarga Mohd. Shahrizan dan memberikan sumbangan peribadi.

Orang ramai yang bersimpati dengan keluarga ini boleh hubungi talian 011-31966552 (Mohd. Shahrizan ).

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun Public Bank Mohd. Shahrizan Subohi 4553-5840-02.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI