fbpx

Zarina Zainuddin jadi ‘kakak bomba’ padam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Zarina Zainuddin berkongsi gelagat pembantu rumahnya dikenali sebagai Bedah yang memadam api kebakaran di belakang kediamannya.

PETALING JAYA – Cuaca kemarau atau panas melampau boleh menyebabkan kebakaran berlaku dengan sendiri.

Situasi mencemaskan tersebut dilalui kepada pelakon Zarina Zainuddin, 50, yang bertindak memadamkan sendiri kebakaran yang berlaku di belakang rumah jirannya.

“Saya terbau asap terbakar di belakang rumah. Nak panggil bomba takut tak sempat, api makin merebak. Jadi, saya dengan Bedah (pembantu rumah) tadah air padam kebakaran.

“Cuaca panas rumput-rumput kering terbakar sendiri. Nasib baik kami sedar dan sempat padamkan sebelum terus melarat. Terima kasih my bedah superwoman,” katanya yang cukup dikenali menerusi filem Sumpahan Berdarah.

Zarina yang juga merupakan isteri kepada Datuk Seri Dr. Abdul Raihan Wan Jaafar memuat naik beberapa buah video dalam Instagram yang menyaksikan dirinya bertungkus-lumus memadamkan kebakaran yang berlaku bersama pembantunya.

“Tiba-tiba terbakar, habis kebun saya.

“Bedah ‘power’ memadam kebakaran. Tak payah panggil bomba. Panggil Bedah. Nasib baik tersedar. Bedah berjaya menjadi ahli bomba,” kata Zarina menerusi untaian video yang dimuat naik.

Dalam video, Zarina dan pembantunya, menggunakan baldi dan paip dari rumah sendiri untuk memadamkan api kebakaran yang terbakar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI