fbpx

Usia 72 tahun, David Foster dapat anak lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DAVID Foster menimang cahaya mata baharu selepas isterinya, Katherine McPhee melahirkan bayi lelaki semalam.

LOS ANGELES – Bergelar warga emas tidak menghalang penerbit dan juga komposer terkenal, David Foster untuk sekali lagi bergelar bapa pada usia 72 tahun.

Menerusi satu kenyataannya dalam People, Foster mendedahkan isterinya yang juga penyanyi, Katherine McPhee, 37, selamat melahirkan cahaya mata lelaki semalam.

“Isteri dan juga anak berada dalam keadaan sihat,” ujarnya ringkas.

Dalam satu temu bual secara dalam talian menerusi program Women on Top Podcast bersama pengacara Roxy Manning dan Tammin Sursok, McPhee memberitahu bahawa dia berasa sangat gembira melahirkan anak lelaki dan perlu belajar banyak perkara baharu.

“Membesarkan anak lelaki tidak sama seperti anak perempuan. Kerana anak lelaki mempunyai isu berbeza dengan anak perempuan.

“Namun perkara tersebut bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan,” ujar penyanyi yang dicungkil bakat menerusi program America Idol musim kelima itu.

Foster dan McPhee mendirikan rumah tangga pada Jun 2019 selepas berkenalan sejak 2006.

Sebelum itu, Foster pernah mendirikan rumah tangga sebanyak lima kali sejak tahun 1970 dan dikurniakan lima orang anak kandung iaitu Allison, 48, Amy, 47, Sara, 40, Erin, 38 dan Jordan, 34.

Bekas isteri keempatnya ialah Yolanda Hadid yang juga ibu kepada model terkenal dunia, Bella Hadid dan Gigi Hadid. K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI