fbpx

Trucha mahu pemain bukti kemampuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TRUCHA mahu pemain-pemain membuktikan keupayaan masing-masing untuk dipilih dalam kesebelasan utama Penang FC musim ini. - FOTO PENANG FC

PENDATANG baharu Liga ­Super, Penang FC dijangka mampu memberikan cabaran sengit ter­­ha­dap mana-mana pasukan menje­lang musim baharu Liga Malaysia yang akan bermula 5 Mac depan.

Kemasukan pemain-pemain berkualiti bagi saingan musim ini pasti menambah sengat skuad Harimau Kumbang yang merupakan juara Liga Premier 2020.

Ketua jurulatih Penang FC, Tomas Trucha mengakui beliau masih menguji kemampuan pemain-pemainnya dalam misi mencari ramuan terbaik untuk membentuk kesebelasan utama pasukan.

Pengendali dari Republik Czech itu menegaskan, setiap pemain tidak akan diberi laluan mudah, sebaliknya mereka perlu membuktikan kemampuan jika mahu beraksi dalam setiap perlawanan.

“Semua pemain Pulau Pinang sangat penting untuk pasukan, namun saya tidak akan beri laluan mudah jika mahu berada dalam kesebelasan utama. Mereka perlu bersaing dan buktikan mereka benar-benar layak.

“Berdasarkan masa yang kita ada, kami perlu bersiap sedia sepenuhnya. Bagi saya, fasa untuk pemain-pemain mengenali antara satu sama lain berjalan dengan baik,” katanya yang mempunyai wajah mirip pengurus Li­verpool, Jurgen Klopp.

Sementara itu, beliau juga gembira dengan aksi ditampilkan oleh pemain muda yang dibawa masuk dari Kelantan FC, Danial Ashraf Abdullah setakat ini.

“Danial adalah sebahagian daripada pasukan. Dia bermain dengan baik, namun perlu diingat bahawa semua pemain masih ada peluang untuk berada dalam skuad utama,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI