fbpx

SPM sesi petang dipinda ke pukul 2.15 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Waktu mula peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 bagi sesi petang dipinda dari pukul 2 kepada 2.15 petang berkuat kuasa Isnin depan.

Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan (LPKPM) dalam satu kenyataan berkata, dengan pindaan itu, waktu tamat peperiksaan juga akan dilanjutkan selama 15 minit.

“Pindaan ini berkuat kuasa mulai 1 Mac (Isnin) hingga tamat peperiksaan SPM 2020 pada 25 Mac depan (Khamis),” katanya di sini hari ini.

LPKPM berkata, pindaan itu bertujuan untuk memberi ruang dan keselesaan kepada calon berehat, makan dan menunaikan sembahyang sementara menunggu waktu mula peperiksaan bagi sesi petang.

Sehubungan itu, LPKPM berkata, pihaknya memohon kerjasama semua pihak yang terlibat dengan peperiksaan SPM 2020 termasuk calon, ibu bapa, petugas peperiksaan, pihak sekolah, pejabat pendidikan daerah (PPD) serta jabatan pendidikan negeri (JPN) untuk mengambil perhatian dan tindakan berkaitan.

“Pindaan ini dibuat demi kepentingan dan kebajikan calon bagi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan 401,105 calon SPM 2020 di seluruh negara menduduki peperiksaan SPM tahun 2020.

Peperiksaan awam untuk calon-calon peperiksaan itu sedang berlangsung dari 22 Februari lalu hingga bulan April depan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI