fbpx

Seram! Wawa Zainal dapat mesej dedah Aeril Zafrel curang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wawa dan Aeril

PETALING JAYA – Pelakon Wawa Zainal berkongsi mesej ‘menyeramkan’ daripada seseorang menerusi Instagram yang mendakwa sebagai kenalan kepada suaminya, Aeril Zafrel.

Menerusi tangkap layar mesej yang diterima Wawa, individu terbabit memberitahu bahawa dia merupakan kawan rapat kepada Aeril dalam Instagram dan ‘membongkar’ perlakuan pelakon itu terhadapnya.

“Saya ialah kawan rapat husband (suami) kamu dalam Instagram.

“Dia kahwin kamu (Aeril berkahwin dengan awak) dan membuat dengan perempuan lain (menjalin hubungan dengan perempuan lain),” tulis individu tidak dikenali itu.

Dakwa individu itu lagi, Aeril ada mengirim mesej kepadanya dan bertanyakan jika dia boleh melakukan ‘sesuatu’ (hubungan seks) dengannya.

Individu terbabit bersetuju dan mengajak pelakon itu untuk ke sebuah hotel berdekatan dengan Jonker Street di Melaka.

Dalam kiriman mesej tersebut juga, individu itu mengajak Wawa untuk datang ke hotel dan melihat sendiri suaminya berada dalam keadaan bogel.

Menganggap kiriman mesej tersebut sebagai melucukan, Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa binti Zainal Abidin, 29, menyifatkan individu berkenaan sangat menyeramkan.

 

Tangkap layar mesej yang diterima Wawa mengenai dakwaan kecurangan Aeril.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Wawa berasa geli hati lebih-lebih lagi apabila mesej tersebut ditulis menggunakan bahasa Melayu yang tunggang-langgang.

“Bahasa Melayu hancur. Macam guna Google Translate je,” ujar salah seorang pengguna Instagram.

Terdahulu, Wawa dan Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, 33, pernah menggemparkan dunia hiburan dengan kisah perkahwinan senyap-senyap mereka sebanyak dua kali.

Pernikahan pertama diadakan pada 25 Februari 2012 di rumah seorang pengurus Aeril bagi menghalalkan hubungan, manakala pernikahan kedua berlangsung pada 4 Februari 2013 dengan berlandaskan syariat dan undang-undang Malaysia.

Hasil perkahwinan mereka selama sembilan tahun, pasangan selebriti itu dikurniakan tiga orang cahaya mata berusia antara lapan hingga setahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI