fbpx

Rakam video anak untuk kenangan masa depan – Sharnaaz Ahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHARNAAZ sering berkongsi keletah comel anak lelakinya, Jebat Jayden menerusi video yang dimuat naik dalam Instagram.

PETALING JAYA – Kesibukan kerja tidak menjadi penghalang buat pelakon Sharnaaz Ahmad meneruskan rutin berjumpa putera kesayangannya sebanyak tiga kali sehari.

Sharnaaz meluahkan rasa bersyukur kerana dapat meluangkan masa bersama anaknya, Jebat Jayden Ahmad yang semakin membesar.

Terbaharu, video menangis Jebat yang dimuat naik pelakon drama Pelindung Seorang Puteri itu meraih perhatian rakan selebriti dan peminat.

“Ramai yang melihat Jebat seperti sudah besar kerana saiz badannya tetapi dia baru berusia dua tahun setengah. Dia boleh bercakap perkataan seperti baba, Jebat, menangis, mainan dan banyak lagi.

“Saya tahu ramai terhibur dengan keletah Jebat kerana dia memang kuat ‘drama’. Video yang dimuat naik baru-baru ini pun sebagai kenangan pada masa depan. Dia membebel sambil menangis namun tidak tahu apa yang cuba disampaikan.

“Baru saja beli mainan, Jebat masih mahu bermain dan tidak mahu pulang. Dia mahu kereta bergerak namun pada masa yang sama dia tidak mahu mainan itu jatuh. Gelagat sebeginilah yang membuatkan saya sentiasa rindu apabila dia sudah pulang ke rumah bersama ibunya, Nabila,” kata Sharnaaz kepada Kosmo! Online.

Teruja berkongsi perkembangan anak lelakinya itu, Sharnaaz menjelaskan dia memilih untuk terus memadam komen negatif supaya tidak memberi impak buat dirinya.

Meninjau ruangan komen, terdapat peminat yang berjenaka meninggalkan komen mengatakan lelaki ganas dan kasar seperti Sharnaaz kalah dengan jantung hati digelar anak.

“Taiko atau gengster, tetap kalah dengan Jebat kerana dia adalah ‘big boss’. Jebat sebenarnya sangat bijak kerana ada saja idea dan keletahnya yang menghiburkan hati.

“Tidak kisahlah jika ada yang beranggapan Jebat lambat bercakap. Apa yang penting dia sihat. Bukan dia masuk universiti esok pun. Jadi, saya memilih untuk padam saja komen negatif, tak perlu semakkan kepala dengan aura tidak baik.

“Kadang-kadang orang yang komen negatif sebenarnya mereka yang belum berkahwin pun. Kenapa tidak hantar mesej secara peribadi kan? Lain pendekatannya kalau menegur di depan muka,” tegas Sharnaaz.

Sementara itu ketika mengulas mengenai kerjaya, Sharnaaz kini aktif dengan bisnes Mamu Legacy yang bakal tampil dengan pembaharuan pada awal Mac depan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI