fbpx

Peminat marah BTS disamakan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ciapan soho kini di laman Twitter sekarang.

PETALING JAYA- Hampir 192,000 pengguna laman media sosial Twitter menggesa permohonan maaf dibuat kepada kumpulan K-Pop terkenal, BTS selepas disamakan dengan Covid-19.

Permohonan maaf dengan menggunakan tanda pagar ‘Apologize to BTS’ itu dibuat netizen susulan kenyataan dikeluarkan seorang penyampai radio Jerman yang bersifat perkauman baru-baru ini.

Seorang pengguna Twitter, @maunika_mounii menyifatkan perkauman bukanlah sesuatu pendapat dan perlu dihormati.

“Perkauman bukan satu pendapat, setiap orang perlu menghormati orang Asia sebagai seorang manusia.

“Keadaan itu bukan sahaja masalah dalam kalangan peminat tetapi melibatkan masyarakat,” tulisnya tadi.

Berkongsi pandangan sama, @Selena_mnie0613 berkata, unsur perkauman merupakan satu bentuk sensitiviti yang tidak diingini berlaku.

“Awak perlu tahu, apa yang dikatakan, sila buat permohonan kepada BTS sekarang,” katanya.

Terdahulu, seorang penyampai radio di Jerman menggemparkan peminat BTS apabila menyamakan kumpulan popular Korea Selatan itu dengan virus Covid-19.

Dia turut berharap supaya vaksin turut ditemui bagi mengubati virus berkenaan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI