fbpx

MBSA terima 1,600 permohonan untuk bazar Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Haris (tiga kiri) sedang menanyakan sesuatu kepada penerima sumbangan program 'Back To School' dari PPD Petaling Perdana/ FOTO ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Sebanyak 1,600 permohonan berniaga untuk bazar Ramadan diterima untuk 42 tapak di sekitar bandaraya ini.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Haris Kasim berkata, permohonan tersebut diterima Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerusi dalam talian.

Katanya, tapak yang dikenalpasti untuk bazar Ramadan itu melibatkan 31 tapak di bawah MBSA dan selebihnya 11 adalah tapak Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau persatuan.

“Kita hanya menunggu kebenaran daripada kerajaan negeri yang juga mendapat nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara.

“Sebaik mendapat kebenaran, kita akan mendaftarkan peniaga dan mereka akan dibenarkan untuk berniaga mengikut norma baharu serta prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas majlis Penyerahan Sumbangan Program ‘Back to School’ kepada pejabat pendidikan daerah (PPD) dalam pentadbiran MBSA hari ini.

Pada program itu, MBSA menyerahkan sumbangan RM249,000 kepada 83 buah sekolah di bawah PPD Petaling Perdana, Petaling Utama, Klang dan Gombak.

Mengulas lanjut, Haris tidak menolak kemungkinan akan berlaku peningkatan tapak perniagaan susulan pematuhan SOP terutama berkaitan penjarakan fizikal.

“Setiap tapak akan dinilai daripada semua aspek termasuk keselamatan, kesesuaian tempat dan lalulintas,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI