fbpx

IPD Serdang bertanggungjawab jaga pusat penyimpanan vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razali memakaikan baju sekolah kepada anak anggota di Pusat Pakaian Hari-Hari di sini hari ini/FOTO FAUZI BAHARUDIN.

SERDANG – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang sedia menggalas tanggungjawab untuk mengawal dan menjaga lokasi penyimpanan vaksin covid-19 yang dijangka tiba esok.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, sejumlah vaksin Sinovac dijangka tiba pada pukul 9 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) esok.

“Kita telah diarah untuk menjaga lokasi penyimpanan vaksin yang terletak di bawah pentadbiran IPD Serdang dan sejumlah anggota juga akan ditempatkan.

“Kita juga akan memberi kawalan semaksimum yang mungkin dan penugasan ini akan dilakukan selama 24 jam dengan tiga syif,” katanya.

Razali

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program Penyampaian Baucer Sekolah kepada anak-anak anggota IPD Serdang di Pusat Pakaian Hari Hari di Taman Sri Serdang di sini hari ini.

Mengulas lanjut, pihaknya juga akan melakukan rondaan membabitkan kereta peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB).

“Ini merupakan tanggungjawab kami untuk mengawal dan menjaga keselamatan vaksin tersebut dari diceroboh oleh mana-mana pihak tidak bertanggungjawab atau individu yang tidak mempunyai akses yang ditetapkan,” ujarnya. -K!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI