fbpx

Ibu rela berkorban demi anak sakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NURUL SUFI IMANI yang mengalami ketumbuhan di dalam kepala memerlukan kos sebanyak RM10,000 untuk rawatan pembedahan.

TAIPING – Seorang ibu sanggup berkorban masa dan tenaganya bagi mengumpul wang sebanyak RM10,000 untuk menampung kos pembedahan anaknya yang mengalami ketumbuhan di dalam kepala.

Zety Norazieda Ismail, 35, memberitahu, dia akan membawa anak ketiganya itu, Nurul Sufi Imani Jamadi, 5, ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh pada 8 Mac depan bagi mendapatkan tarikh pembedahan.

“Pihak hospital meminta kami menyediakan wang RM10,000 untuk kos pembedahan itu.

“Suami saya hanya bekerja kampung dan sebagai inisiatif untuk mencari dana tersebut, saya sendiri menjual produk serunding bunga kantan sejak sebulan lalu,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurutnya, dia bersyukur apabila menerima sambutan baik terhadap jualan serunding bunga kantannya.

Produk itu dijual pada harga RM10 bagi peket 100 gram, manakala RM16 untuk satu balang 150 gram.

Zety Norazieda memberitahu, anak ketiganya itu pada usia empat bulan lagi telah menghidap sawan sebelum disahkan mempunyai masalah anuerisma otak pada September tahun lalu.

“Sebulan selepas itu, dia diserang strok sebelum disahkan mempunyai ketumbuhan di dalam kepala,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Zety Norazieda di talian 019-5247646 atau sumbangan terus melalui akaun Public Bank 6486-9868-29 atas nama Zety Norazieda.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI