fbpx

Azreen cabar kemampuan dalam bisnes di usia muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pernah jatuh dalam bisnes, Azreen kini lebih fokus untuk berjaya dalam hidup.

BERMULA hanya sebagai pelanggan yang ingin mencuba dan merasai kenikmatan minuman susu kambing, wanita itu tidak pernah terfikir roda kitaran hidupnya kini berubah 360 darjah.

Menyorot kembali, Azreen Zulkefli, 25, menyatakan, hingga kini dia masih sukar mempercayai kehidupannya berubah selepas mengambil keputusan menyertai jenama susu kambing terkenal, Goatgeos.

Katanya, sejak mencuba produk berkenaan Mac dua tahun lalu, minatnya terhadap rasa dan kualiti susu tersebut semakin mendapat tempat di hati hingga mendorong dirinya mendaftar sebagai pengedar.

“Saya masih ingat, pada mulanya saya hanya suka-suka ingin mencuba susu kambing keluaran Goatgeos dengan membeli dua pek percubaan secara dalam talian.

“Dek rasa dan kualiti yang berjaya memenangi hati, selang beberapa hari saya terus nekad menghantar permohonan sebagai dropship tanpa berfikir panjang.

“Tidak terhenti disitu, kerana permintaan tinggi dan memberangsangkan, saya daftar menjadi ejen dan seterusnya menjadi stokis hanya dalam beberapa bulan sahaja,” katanya membuka bicara kepada Aura.

Tambah anak kelahiran Desa Temu Jodoh, Segamat, Johor itu, segala keputusan diambil dan ditanggung sendiri sekali gus mahu mencabar kemampuan dan jiwa mudanya dalam bidang perniagaan.

Baginya, dia juga tidak pernah menyangka sambutan terhadap susu yang dijualnya mendapat tempat di hati pengguna selain mudah dijual serta boleh diamalkan lapisan umur.

“Alhamdulillah. Berkat usaha keras dan tidak pernah kenal erti jemu selain doa ibu, setahun selepas itu saya dilantik sebagai gold leader hasil daripada jualan tahunan yang memberangsangkan.

“Saya juga tidak pernah terfikir akan mempunyai seramai 300 orang ejen dan stokis di bawah kendalian saya kini,” ujarnya yang bersyukur kerana dapat sama-sama berkongsi rezeki kepada orang ramai.

 

Anak kelahiran Johor ini percaya apa yang dikecapinya pada masa kini adalah berkat doa ibunya.

Diaju soalan mengenai cabaran dan onak duri yang pernah dilaluinya sejak berkecimpung dalam arena bisnes, Azreen mengakui semua pekerjaan di dalam dunia ini ada risiko tersendiri.

Terdahulu, dia juga pernah menjadi pengedar bagi produk kosmetik untuk tempoh beberapa bulan, namun ia tidak begitu berhasil selain terpaksa menanggung kerugian ribuan ringgit.

“Menjual produk kosmetik dan minuman jauh dan banyak bezanya. Kedua-duanya pernah saya lalui.

“Saya juga berdepan masalah pusingan modal dek kerana lambakan produk yang tidak terjual. Jadi daripada situ, saya nekad untuk fokus memasarkan Goatgeos yang semakin dikenali,” ujarnya.

Pada masa sama, Azreen yang mengidolakan pengasas Goatgeos, Nur Iliyani Redzuan dan ibu kandungnya, Zulaila Maimun turut merancang untuk menambah bilangan ejen serta stokis sedia ada kepada 500 orang menjelang akhir tahun nanti.

“Memandangkan negara masih berdepan dengan pandemik Covid-19, pasti banyak pihak terjejas dan terkesan umumnya berhubung pendapatan.

“Justeru, kami membuka seluas-luasnya peluang dan ruang untuk sesiapa sahaja menjana pendapatan bersama Goatgeos,” katanya yang kini baharu sahaja berjinak-jinak dalam perniagaan menjual ikan patin tempoyak dan pais secara sejuk beku bermula September tahun lalu.

Untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran sebagai ejen Goatgeos, boleh hantarkan WhatsApp atau hubungi Azreen di talian 016-2083 949. – K ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI