fbpx

Aaron-Wooi Yik tidak sertai All England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON (kiri) dan Wooi Yik membuat keputusan untuk tidak beraksi pada kejohanan All England yang dijadualkan berlangsung di Birmingham, England 17 hingga 21 Mac depan.

BEREGU lelaki No.1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik difahamkan tidak akan beraksi pada kejohanan badminton Seluruh England (All England) yang dijadual­kan berlangsung di Birmingham bermula 17 hingga 21 Mac depan.

Selain Aaron-Wooi Yik, Persa­tuan Badminton Malaysia (BAM) juga tidak menghantar Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan memberi peluang kepada Low Hang Yee-Ng Eng Cheong.

Kata Aaron, mereka mengambil keputusan menarik diri daripada kejohanan bertaraf Jelajah Dunia Super 1000 itu kerana ia tidak menawarkan mata kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo.

Pada masa sama, jumlah kes Covid-19 yang agak tinggi di England turut memaksa beregu No. 9 dunia itu melupakan kejohanan badminton tertua di dunia itu.

“Sebaik sahaja kejohanan Terbuka Switzerland berakhir, kami akan terus pulang ke Malaysia kerana Terbuka Jerman sudah dibatalkan selain tidak akan menyertai All England.

“Kami ambil keputusan tarik diri daripada All England kerana ia tidak tawarkan mata kelayakan ke Olimpik. Selain itu, kes (Co­vid-19) di sana juga agak tinggi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pemain berusia 24 tahun itu juga menjelaskan, fokus mereka ketika ini hanya pada kejohanan-kejohanan yang menawarkan mata kelayakan ke temasya sukan terbesar dunia tersebut.

Meskipun naib juara All England 2019 itu tidak beraksi, Malaysia masih menghantar beberapa wakil termasuk perseorangan lelaki No. 1 negara, Lee Zii Jia.

Sebelum beraksi pada All England, pemain-pemain akan menyertai kejohanan Terbuka Switzerland terlebih dahulu yang dijadualkan bermula 2 hingga 7 Mac nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI