fbpx

27 tan ikan cencaru dirampas Maqis Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sejumlah 27 tan ikan cencaru di dalam sebuah kontena dirampas di Pelabuhan Pasir Gudang, di sini kelmarin.

PASIR GUDANG – Sebanyak 27 tan ikan cencaru bernilai RM113,603 dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor di dalam sebuah kontena yang membawa ikan sejuk beku di Pelabuhan Pasir Gudang, di sini, kelmarin.

Pengarah Maqis Johor, Nur Afifah A. Rahman berkata, penemuan ikan tersebut dikesan pihaknya ketika membuat pemeriksaan rutin ke atas sebuah kontena pada pukul 5 petang.

Katanya, pihak Penguasa Maqis mendapati 27,000 kilogram (kg) ikan cencaru itu cuba dibawa masuk dari negara Vietnam.

“Kesemua barang dagangan yang bernilai RM113,603 itu ditahan untuk tindakan lanjut kerana telah mengemukakan dokumen yang tidak tepat iaitu barang dagangan tersebut tidak sepadan dengan permit import yang diikrarkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas Nur Afifah, perbuatan mengimport apa-apa jenis keluaran pertanian dengan memberikan permit, lesen, perakuan atau dokumen lain yang palsu, tidak tepat atau mengelirukan adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

“Jika disabitkan kesalahan, ia boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” ujarnya. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI