fbpx

Padam gambar kecewa Hannah kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KECEWA artis pujaan sudah berkahwin. seorang lelaki kongsi tindakan padam semu gambar Hannah dalam telefonnya.

Minggu lalu, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita perkahwinan pelakon kesayangan ramai, Hannah Delisha.

Malah, sejurus selepas pelakon drama Tercipta Satu Ikatan itu mengumumkan khabar gembiranya, nama Hannah terus sohor kini dalam Twitter.

Biarpun dihujani ucapan tahniah, terselit juga kata-kata sedih daripada peminat lelakinya kerana pelakon cantik itu telah menjadi milik Imam Shah.

Rata-rata mengakui terkedu dan berduka apabila mendengar berita itu.

Paling menarik perhatian, apabila seorang peminat bernama @amirdauz dalam Twitter memuat naik sekeping foto yang memaparkan keputusannya memadam semua foto Hannah dalam galeri telefon bimbitnya.

Difahamkan, tindakan tersebut kerana kecewa dan ingin move on selepas artis kesayangannya secara rasmi sudah menjadi milik orang lain.

Tidak terhenti di situ, ciapan tersebut mendapat perhatian Hannah, sebelum itu mengulang kicau foto berkenaan.

Hannah juga turut meninggal komen, dia sangat menghormati tindakan lelaki itu.

“Saya respect (tabik) adab awak,” tulis Hannah.

Mungkin foto tersebut hanya usikan tetapi tiba-tiba Hannah pula yang balas. Pasti Amir tidak sangka bukan.

Harap lebih ramai jejaka di luar sana yang sedang berduka lara cepat-cepat move on ya. Bunga bukan sekuntum.

MIZZ LAHAR: Pecah perut tonton program terbaharu Famili Duo. Kelakar sungguh Shira dengan anaknya, Tallisya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI