fbpx

KPDNHEP akan mohon MKN benarkan majlis perkahwinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSOL (berbaju hitam) bersama Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad (berbaju batik coklat) dan Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) (berbaju ungu) ketika menampal pelekat Kempen Norma Baharu COVID-19 di Restoran Syed, di Petaling Jaya, hari ini.

PETALING JAYA- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memohon kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk membenarkan majlis perkahwinan dalam skala kecil dilaksanakan.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Rosol Wahid berkata, kriteria yang dipertimbangkan ialah majlis perkahwinan dengan had kapasiti serendah 250 orang di lokasi awam seperti dewan yang sesuai yang dapat memastikan aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat.

“Dianggarkan lebih 20,000 pengusaha katering di seluruh negara dan sebahagian besar daripadanya terkesan kerana terpaksa berdepan dengan pembatalan majlis perkahwinan dan keraian oleh pelanggan, selain tidak menerima sebarang tempahan untuk majlis seumpamanya sebagaimana biasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Kementerian yakin sekiranya kebenaran mengadakan majlis perkahwinan dengan had kapasiti 250 orang di dewan yang sesuai diberikan, ia bukan sahaja dapat membantu pengusaha katering untuk kembali bernafas selepas perniagaan terjejas dalam tempoh panjang,” katanya dalam satu kenyataan selepas program Walkabout meninjau pematuhan SOP sektor perdagangan dan pengedaran di sini hari ini.Menurut Rosol, pihaknya melihat ada ruang untuk pengusaha katering beroperasi meskipun majlis keraian sosial dan keramaian tidak dapat diadakan dalam tempoh PKP dan PKPB.

Ujarnya, kementerian juga menerima jaminan daripada pengusaha katering untuk memastikan operasi perniagaan mereka mematuhi SOP untuk mencegah penularan Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI