fbpx

Kon Yeow penerima vaksin pertama di Pulau Pinang Ahad ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow bakal menerima dos pertama vaksin Covid-19 di Pulau Pinang, Ahad ini.

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Chow Kon Yeow merupakan individu pertama di negeri ini yang akan menerima suntikan vaksin Covid-19 Ahad ini.

Pejabat Ketua Menteri dalam kenyataan hari ini berkata, Kon Yeow akan melancarkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bagi negeri Pulau Pinang yang akan bermula pada hari berkenaan.

“Beliau akan diberikan suntikan dos vaksin pertama sebagai simbolik bermulanya program itu di negeri ini dan disusuli Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ir. Ahmad Zakiyuddin.

“Seterusnya, Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P. Ramasamy; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Abdul Razak Jaafar; Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Asmayani Khalib dan Ketua Polis negeri, Datuk Sahabudin Abd. Manan (akan menerima vaksin) pada sesi sama,” kata kenyataan itu.

Jabatan Kesihatan negeri sebelum ini memaklumkan program berkenaan bakal dipecahkan kepada tiga fasa membabitkan tempoh pelaksanaan selama setahun.

Sasaran adalah meliputi 70 peratus iaitu 1.3 juta rakyat Pulau Pinang bagi membolehkan imuniti kelompok dibentuk.

Sehingga kini, sebanyak 15 lokasi pusat pemberian vaksin (PPV) telah dikenal pasti membabitkan tiga dewan bagi setiap daerah di negeri ini.

Terdahulu, kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech tiba di negeri ini pada Ahad lalu membabitkan sebanyak 16,000 dos. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI