fbpx

Jambatan Ikonik Tasik Kenyir beroperasi Mei depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arifin (dua dari kiri) meninjau projek pembinaan Jambatan Ikonik Tasik Kenyir yang dijangka siap sepenuhnya Mei depan.

HULU TERENGGANU – Tasik Kenyir yang merupakan tasik buatan manusia terbesar Asia Tenggara bakal memiliki satu lagi tarikan terbaharu dengan pembukaan Jambatan Ikonik tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Terengganu, Arifin Deraman berkata, jambatan yang menelan belanja RM107 juta itu dijangka akan dibuka secara rasmi kepada umum pada bulan Mei depan.

“Jambatan Ikonik Tasik Kenyir yang direka dengan motif kepala bangau ini bakal menjadi mercu tanda terbaharu destinasi pelancongan ini.

“Ia sepanjang 133 meter merentas kawasan tasik ke Pulau Poh yang merupakan sebahagian skop projek Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir yang dilancarkan pada tahun 2017,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau memberitahu, projek Zon Bebas Tasik Kenyir di Pulau Poh yang sudah bermula pada tahun 2015 kini sudah hampir siap 100 peratus.

“Selain Jambatan Ikonik, antara insfrastruktur lain yang dibina di Pulau Poh ialah terminal jeti penumpang, jeti kargo dan hotel bertaraf lima bintang.

“Ia memberi nilai tambah kepada produk pelancongan sedia ada di Tasik Kenyir ini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI