fbpx

IPD Gua Musang persinggahan pertama bekalan vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Van logistik DHL yang membawa vaksin Covid-19 bergerak keluar dari Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang hari ini.

GUA MUSANG – Bekalan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech yang dibawa dari Subang, Selangor untuk diagihkan kepada petugas barisan hadapan di negeri Kelantan selamat tiba di daerah ini pada pukul 10 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, van logistik DHL yang membawa vaksin itu dikawal ketat kenderaan anggota polis apabila tiba di Klinik Kesihatan Bandar Gua Musang.

Katanya, pasukan yang mengiringi kenderaan khas membawa vaksin kemudiannya berehat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang.

“Pada pukul 11.52 pagi ini, van logistik vaksin itu mula bergerak ke daerah Kuala Krai dan seterusnya ke Kota Bharu.

“Kita berharap proses membawa pulang vaksin ini ke Kota Bharu yang dijangka sampai petang ini berjalan lancar,” katanya.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, bagi fasa pertama ini Kelantan dijangka akan menerima sekitar 42,000 dos vaksin Covid-19 secara berperingkat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI