fbpx

Gresini hembus nafas terakhir akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GRESINI diumumkan meninggal dunia selepas bertarung nyawa selama dua bulan di Hospital Maggiore, Bologna kelmarin.

MILAN – Pelumba legenda Itali dan juara berganda 125cc, Fausto Gresini yang juga pemilik pasukan Gresini Rasing pada saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) meninggal dunia pada usia 60 tahun akibat pandemik Co­vid-19 kelmarin.

Gresini Racing mengumumkan berita sedih tersebut menerusi Twitter rasmi pasukan dengan status, “berita yang pastinya kami tidak mahu sampaikan, namun malangnya kami terpaksa berkongsi dengan anda semua.

“Selepas hampir dua bulan bertarung nyawa menentang Covid-19, Fausto Gresini telah meninggal dunia, beberapa hari setelah berusia 60 tahun. #CiaoFausto,” kata status tulisan yang dimuat naik pada Twitter rasmi pasukan.

Gresini pernah menjulang kejuaraan 125cc pada saingan MotoGP pada tahun 1985 dan 1987.

Terdahulu, Gresini dimasukkan ke Hospital pada 27 Disember tahun lalu dengan yang pertama di Imola dan kemudiannya di Hospital Maggiore, Bologna aki­bat masalah pernafasan teruk dan berterusan selepas dijangkit Covid-19 pada cuti Krismas lalu.

Dilahirkan pada tahun 1961, Gresini berlumba dalam kategori 125cc antara tahun 1983 sehingga 1994, menang 21 Grand Prix dengan 47 podium dan 17 petak depan dalam 133 perlumbaan. Mendiang juga muncul naib juara sebanyak tiga kali.

Selepas bersara, Gresini me­nubuhkan pasukannya sendiri yang bersaing dalam tiga kate­gori dengan kerjasama bersama pengeluar Aprilia dan muncul dalam kalangan pasukan elit MotoGP.

Pasukan Gresini Racing pernah mengalami kejadian tragik dalam sejarahnya apabila bekas juara dunia kategori 250cc dari Jepun, Daijiro Kato meninggal dunia akibat kemalangan pada GP Jepun pada tahun 2003. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI