fbpx

Cobot tingkatkan produktiviti, kurangkan kecederaan di tempat kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Universal Robots, pemimpin teknologi robotik kolaboratif (cobot) yang berpusat di Denmark menggesa pengeluar tempatan mempercepatkan proses automasi robot untuk meningkatkan produktiviti sekali gus dapat mengurangkan kecederaan di tempat kerja.

Pengarah Rantau Asia Pasifik Universal Robots, James McKew berkata, berdasarkan statistik yang dikeluarkan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Malaysia mencatat sebanyak 5,422 kemalangan pekerjaan dari Januari hingga September 2020 dengan jumlah kematian berjumlah 152 orang.

Kemalangan paling banyak berlaku dalam sektor pembuatan pada kadar 63.2 peratus; pertanian, perhutanan dan perikanan pada kadar 14.4 peratus dan selebihnya 22.4 peratus dalam sektor industri lain.

“Melalui penggunaan cobot, ia akan dapat melaksanakan tugas yang mungkin berbahaya atau be­risiko bagi manusia,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

McKew menjelaskan, ke­banyakan pengeluar tempatan kini menghadapi masalah ­ketara dalam mencari bakat mahir dan isu tersebut te­lah membebani keseluruhan produktiviti dan pertumbuhan.

“Dalam masa sama, majikan juga menghadapi kos besar akibat kecederaan di tempat kerja,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

McKew menjelaskan, sistem keselamatan Universal Robots memberi pelarasan yang membolehkan syarikat melaraskan pelbagai parameter bagi me­ngurangkan risiko pelaksanaan aplikasi robot industri.

Ini termasuklah mengehadkan kekuatan, kelajuan, daya atau momentum robot serta mengehadkan ruang kerjanya bagi batas keselamatannya.

Tambah beliau, syarikat akan dapat mencapai Pulangan Atas Pelaburan (ROI) yang lebih cepat dengan menggunakan cobot bagi membolehkan mereka meningkatkan produktiviti serta dapat memperoleh kemahiran baharu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI