fbpx

Bekalan vaksin dihantar guna feri RORO ke Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bekalan vaksin dihantar ke Langkawi menggunakan feri membawa penumpang dan kenderaan jenis Roll On Roll Off (RORO) dari Terminal Feri Kuala Perlis pada pagi ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN

LANGKAWI – Sebanyak 390 bebuli vaksin Pfizer-BioNTech dihantar ke pulau peranginan ini dengan lori DHL Express menggunakan feri membawa penumpang dan kenderaan jenis Roll On Roll Off (RORO) Langkawi Auto pada hari ini.

Bekalan vaksin tersebut berlepas dari Terminal Feri Kuala Perlis kira-kira pukul 10 pagi dan tiba di Jeti Tanjung Lembong di sini kira-kira dua jam kemudian.

Penghantaran vaksin kemudian diteruskan ke Pusat Simpanan Vaksin (PSV) di Unit Farmasi Logistik Klinik Kesihatan (KK) Ayer Hangat di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Program Vaksinasi Langkawi merangkap Pegawai Daerah Langkawi, Saiful Anwar Azmi berkata, lori membawa vaksin berkenaan diiringi kenderaan anggota polis dan Pasukan Polis Marin.

Katanya, bekalan vaksin yang tiba itu adalah untuk 1,178 orang penerima dengan dua kali dos suntikan.

“Kumpulan pertama yang akan menerima vaksin adalah seramai 12 orang vaksinator di KK Kuah dan KK Ayer Hangat pada Ahad ini.

“Seterusnya vaksin dijangka diterima petugas barisan hadapan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) bermula Isnin ini yang akan dilakukan di KK Ayer Hangat, KK Kuah dan Hospital Sultanah Maliha,” katanya pada sidang akhbar selepas penerimaan vaksin tersebut di KK Ayer Hantar di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI