fbpx

Bayern ‘sebelah kaki’ mara ke suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEWANDOWSKI (tengah) beraksi cemerlang apabila meledak satu gol membantu Bayern membelasah Lazio. – AFP

ROM – Juara bertahan, ­Bayern Munich sudah selangkah ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara selepas membelasah Lazio 4-1 pada aksi pertama pusingan 16 terbaik di Stadium Olimpico awal pagi semalam.

Gol daripada Robert Lewandowski, Jamal Musiala, Leroy Sane serta jaringan sendiri pemain Lazio, Francesco Acerbi memberi kelebihan besar kepada Bayern menjelang aksi timbal balik di Allianz Arena pada 18 Mac depan.

Ketua jurulatih Bayern, Hansi Flick gembira dengan keseluruhan prestasi anak-anak buahnya terutama pemain tengah, Leon Goretzka meskipun baru sembuh daripada jangkitan wabak Covid-19.

Walaupun hanya diberikan peluang beraksi selama 60 minit, namun pemain antarabangsa Jerman itu bermain dengan ­sangat baik selain turut berjaya mencipta bantuan jaringan kepada Musiala.

“Dia (Goretzka) masih belum boleh bermain 90 minit kerana baru pulih daripada Covid-19. Kami tidak mahu tergesa-gesa, oleh sebab itu saya mengeluarkannya selepas 60 minit.

“Saya gembira dengan kemenangan ini kerana ia dapat mengurangkan tekanan menjelang perlawanan timbal balik nanti. Bagaimanapun, kami tidak boleh terlalu selesa,” kata Flick.

Dalam pada itu, beliau yang juga jurulatih terbaik dunia turut memuji Musiala selepas pemain remaja berkenaan membalas kepercayaan dengan menampilkan aksi yang cukup berkualiti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI