PETALING JAYA – Dua lelaki warga tempatan ditahan bersama 50 peket plastik lutsinar disyaki dadah jenis heroin di Kampung Sri Makmur, Gombak dekat sini semalam.
Tangkapan dilakukan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak kira-kira pukul 3.15 petang.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kedua-dua lelaki berkenaan berusia 28 dan 52 tahun.
“Siasatan awal mendapati, kedua-dua suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.
“Hasil saringan air kencing mendapati, kedua-dua mereka juga positif dadah jenis heroin,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, kedua-dua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga Rabu depan untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 39B dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. -K! ONLINE