fbpx

Vaksin Covid-19 tiba di Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Oleh NIK SUKRY RAMLY

KUANTAN – Sejumlah 23,400 dos vaksin Covid-19 keluaran Pfizer untuk penghantaran fasa pertama bagi negeri Pahang tiba di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, kira-kira pukul 1 petang tadi.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, penerimaan vaksin fasa pertama itu adalah untuk petugas barisan hadapan, termasuk beliau dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang akan menerima suntikan vaksin pada Jumaat ini.

“Secara keseluruhannya kita ada enam fasa penghantaran vaksin dan hari ini kita menerima ‘shipment’ (fasa) pertama.

“Sebanyak 9,360 dos disimpan di HTAA; 4,680 dos Hospital Lipis; 4,680 di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh; Hospital Rompin sebanyak 3,510 dos dan Hospital Bentong sebanyak 1,170 dos.

“Vaksin ini akan diberikan kepada 11,700 petugas barisan hadapan dan setiap mereka menerima dua dos dengan jarak masa antara 21 hari dan tiga minggu selepas suntikan dos pertama,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini, hari ini.

 

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (dua dari kanan) meyaksikan penerimaan vaksin Covid-19 fasa pertama bagi Pahang di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan hari ini.

 

Wan Rosdy berkata, jumlah keseluruhan penghantaran vaksin bagi petugas barisan hadapan ialah 64,350 dos untuk 32,175 petugas barisan hadapan.

Katanya, bagi fasa kedua suntikan vaksin COVID-19 pula akan diberi keutamaan kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas dan mengalami masalah sakit kronik.

“Keutamaan kita sekarang ialah mengenai aspek keselamatan untuk memastikan proses penyimpanan dos vaksin ini berada di tempat yang sesuai dan selamat,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI