fbpx

UMNO perlu belajar kesilapan lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PETALING JAYA – UMNO perlu memperkukuhkan parti dan memastikan tiada lagi perpecahan terjadi terutamanya dalam kalangan orang Melayu sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 pada waktu terdekat.

Naib Presidennya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perpecahan akan membuatkan bangsa Melayu itu lemah dan akhirnya peristiwa 22 bulan di bawah Pakatan Harapan (PH) berulang.

Menurutnya, sepanjang Barisan Nasional (BN)/UMNO menjadi kerajaan, telah terbukti negara ini ditadbir dengan baik dan sikap saling hormat menghormati antara kaum sentiasa dipelihara dalam semua aspek.

“Bukan hanya bangsa Melayu dan Bumiputera terjamin tetapi kaum-kaum lain turut bebas mengamalkan budaya serta kepercayaan masing-masing, malah dirai bersama dalam kemajmukan Malaysia.

“Lantaran itu, bangsa lain tidak perlu khuatir sama sekali sekiranya UMNO yang menjadi kompenan dalam BN kembali menjadi tunjang negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Tambah Ismail Sabri, sepanjang 22 bulan PH mentadbir negara, kamajmukan ini seakan cuba dirobek apabila hak keistimewaan orang Melayu Bumiputera diganggu.

“Mana mungkin kita lupa kesengsaraan yang dilakukan oleh PH sepanjang mereka menjadi pimpinan negara sehinggakan ramai pelabur mula menarik diri,” ujarnya.

Justeru, beliau yang juga Menteri Kanan Keselamatan menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya menolak politik kebencian dan fitnah serta mencari satu permulaan baru kepada Malaysia yang lebih baik dalam norma baharu pasca Covid-19.

“Dalam mencari kepercayaan rakyat, UMNO perlu belajar daripada kesilapan pada PRU-14 yang lalu dan perlu belajar daripada kesilapan ini agar UMNO dapat membina kembali keutuhan parti.

“Saya amat yakin dengan segala sejarah dan peristiwa lepas menjadikan kita lebih matang dan rasional dalam menentukan halatuju negara demi masa depan generasi akan datang,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI