fbpx

Tujuh nelayan Vietnam ceroboh perairan negara ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nelayan asing Vietnam yang ditahan Maritim Malaysia selepas menceroboh perairan negara ini menunjukkan hasil tangkapan mereka di Tok Bali, Pasir Puteh hari ini.

PASIR PUTEH – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan sebuah bot nelayan Vietnam yang menceroboh perairan negara di kedudukan 84 batu nautika dari muara Tok Bali, di sini, semalam.

Bot yang telah merompak hasil laut negara seberat 100 kilogram (kg) yang terdiri daripada pelbagai jenis ikan itu ditahan oleh Kapal Maritim (KM) Amanah pada pukul 8.13 pagi selepas cuba melarikan diri.

Pengarah Maritim Malaysia Kelantan, Kepten Maritim Muhd. Nur Sham Asmawie Yaacob berkata, pihaknya telah berjaya menahan seorang tekong dan enam orang awak-awak warga Vietnam berusia antara 24 hingga 46 tahun.

Menurutnya, semua nelayan asing itu gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan surat berkaitan yang sah untuk melakukan aktiviti di kawasan perairan negara.

“Bot berkenaan kemudian dibawa balik ke Jeti Maritim Tok Bali untuk pemeriksaan lanjut.

“Hasil pemeriksaan itu membawa kepada penemuan 100 kg ikan pelbagai jenis yang dianggarkan berjumlah RM350,000,” katanya pada sidang akhbar di Jeti Maritim Kelantan, Tok Bali di sini hari ini.

Muhd. Nur Sham Asmawie memberitahu, sebelum itu, pihaknya telah mengejar bot tersebut selama 45 minit selepas berjaya mengesan pergerakan kumpulan nelayan itu yang berada dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, penahanan dalam tempoh yang singkat itu hasil kecekapan dan kepakaran dimiliki oleh krew KM Amanah telah berjaya mematahkan tindakan nelayan asing itu.

“Biasanya kita mengambil masa antara dua hingga tiga jam sebelum dapat menahan sesebuah bot nelayan asing kerana berdepan pelbagai cabaran ketika melaksanakan tugas di laut.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI