fbpx

Sindiket seludup arak, rokok tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli sindiket seludup rokok, arak yang ditangkap PGA Batalion 4, di sekitar Klang semalam.

KLANG – Satu sindiket penyeludupan dan pengedaran rokok dan minuman keras yang aktif sejak tiga tahun lalu di daerah ini tumpas dengan penangkapan tiga lelaki dua serbuan berasingan, semalam.

Dalam operasi selama sejam bermula pukul 12.30 tengah hari, kesemua suspek termasuk dua warga Bangladesh berusia 35 hingga 40 tahun.

Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Rizal Mohamed berkata, kejayaan itu hasil pengesanan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan di Jalan Solok Pendamar 1, Pelabuhan Klang di sini.

Katanya, hasil pemeriksaan terhadap lori itu menemukan 85 karton minuman keras pelbagai jenama.

“Sewaktu lori itu ditahan dipercayai dalam penghantaran arak seludup di kedai-kedai menjual minuman keras di kawasan berkenaan.

“Soal siasat kemudiannya membawa serbuan kes sebuah premis dipercayai stor penyimpanan barangan seludup di Taman Pandamaran Permai dengan menemukan 136 karton rokok dan sembilan karton minuman keras pelbagai jenama,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Nilai kesemua rampasan rokok dan arak seludup termasuk cukai dianggarkan RM39, 418.80

Kata beliau, turut dirampas adalah sebuah lori, lima buah telefon bimbit dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM115,821.50.

Tambah Rizal, menerusi serbuan di premis itu menahan dua warga Bangladesh yang bertugas sebagai penjaga premis.

“Stor penyimpanan dipercayai merupakan premis yang ditinggalkan dan sangat kotor berikutan dipenuhi sampah sarap.

“Siasatan awal mendapati stor itu dipercayai telah beroperasi kira-kira dua tahun lalu sebagai transit sementara sebelum diagihkan kepada kedai-kedai runcit khususnya sekitar Pandamaran,” katanya.

Beliau menjelaskan semua suspek dan barangan rampasan telah dibawa ke Balai Polis Pandamaran untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967 dan Akta Imigresen 1959/63,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI