fbpx

Real berdepan krisis kecederaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BENZEMA (kanan) menjadi pemain kesembilan terpaksa disisihkan Real selepas mengalami kecederaan untuk aksi menentang Atalanta. – AFP

MADRID – Gergasi Sepanyol, Real Madrid menerima hakikat terpaksa beraksi tanpa keha­diran Karim Benzema untuk perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara menentang jaguh Itali, Atalanta di Stadium Gewiss awal pagi esok.

Ketiadaan penyerang prolifik Perancis itu menyaksikan jentera serangan Real sedikit tumpul dan ia terbukti menerusi kemenangan tipis 1-0 ke atas Real Valladolid pada aksi La Liga di Stadium Jose Zorrilla, Ahad lalu.

Lebih membimbangkan apabila Los Blancos terpaksa mengharapkan penyudah daripada pemain tengah bertahan, Casemiro yang meledak gol tunggal perlawanan tersebut.

“Saya tidak mahu mengambil risiko berdasarkan keadaan Benzema sekarang. Dia tidak akan bersama-sama kami ke Itali jika tidak mendapat ‘lampu hijau’ untuk beraksi,” katanya.

“Situasi sekarang tidak menyebelahi saya disebabkan ramai pemain utama mengalami kece­deraan. Saya harap mereka sempat cergas untuk perlawanan ini walaupun peluang sangat tipis,” kata ketua jurulatih Real, Zinedine Zidane.

Benzema, 34, sudah meledak 17 gol daripada 28 aksi untuk semua kejohanan musim ini dan kini menjadi pemain kesembilan daripada skuad utama Real terpaksa disisihkan disebabkan masalah kecederaan.

Selain Benzema, baki lapan pemain itu adalah kapten, Sergio Ramos, Dani Carvajal, Marcelo, Eder Militao, Alvaro Odriozola, Federico Valverde, Eden Hazard dan Rodrygo Goes.

Justeru, Zidane, 49, terpaksa bergantung harapan kepada pemain-pemain seperti Vinicius Junior, Marco Asensio dan Mariano Diaz menggantikan tugas Benzema untuk merobek gawang Atalanta. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI