fbpx

PM, Noor Hisham terima suntikan vaksin petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perdana Menteri bakal menerima vaksin Covid-19 petang ini.

PUTRAJAYA – Hari ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal menjadi individu pertama di negara ini menerima suntikan vaksin Covid-19, Pfizer-BioNTech, di Klinik Kesihatan Putrajaya, Presint 11 di sini pada pukul 3 petang nanti.

Acara itu sekali gus menandakan bermulanya Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di negara ini.

Turut dijadualkan menerima vaksin di klinik sama ialah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Difahamkan, empat petugas Kementerian Kesihatan (KKM) juga tersenarai sebagai  penerima vaksin Covid-19 di bawah program vaksinasi terbesar itu.

Berdasarkan atur cara program, Noor Hisham dijadualkan tiba kira-kira pukul 2.10 petang manakala Muhyiddin dijangka tiba di lokasi tersebut kira-kira pukul 2.30 petang.

Perdana Menteri dan semua yang terlibat akan diberikan taklimat penerimaan vaksin oleh Pengarah Pejabat Kesihatan Putrajaya terlebih dahulu sebelum vaksinasi dilaksanakan.

Atur cara program kemudian menyaksikan acara pelancaran pendaftaran vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera oleh Perdana Menteri.

Ia diikuti satu sidang akhbar oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin selaku Menteri Penyelaras PICK dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba kira-kira pukul 4.30 petang selepas Perdana Menteri meninggalkan majlis.

Acara bersejarah itu boleh disaksikan secara langsung bermula pukul 2 petang di saluran Radio Televisyen Malaysia sebagai media rasmi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI