fbpx

Pemandu van maut, graduan UiTM cedera nahas jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM) daerah Alor Gajah memberikan bantuan awal kecemasan kepada mangsa yang parah selepas terlibat kemalangan di Taman Intekma Lendu, di sini semalam.

ALOR GAJAH – Seorang warga emas yang bekerja sebagai pemandu van kilang maut, dalam kemalangan membabitkan dua buah motosikal di Taman Intekma Lendu, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 petang itu, mangsa, Johari Kassim, 67, disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan Hospital Alor Gajah.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis EX5 dalam perjalanan dari simpang Taman Intekma Lendu ke arah Lendu.

“Kemalangan berlaku ketika warga emas itu keluar simpang untuk ke Lendu sebelum dilanggar sebuah motosikal lain jenis Yamaha YZF-R25 yang dalam perjalanan arah sama.

“Akibat kemalangan itu, mangsa yang bekerja sebagai pemandu van kilang mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan Hospital Alor Gajah pada pukul 10.20 malam,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Jelasnya, penunggang motosikal Yamaha yang juga merupakan seorang graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Selangor berusia 26 tahun hanya mengalami luka-luka di muka dan dirawat di zon kuning hospital sama.

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik hospital sama dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI