fbpx

Pemandu Myvi dibebaskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Perodua Myvi dan sebuah van yang terlibat dalam satu kemalangan di Bandar Kinrara, Serdang kelmarin.

PETALING JAYA – Pemandu Perodua Myvi yang memandu secara melulu sebelum merempuh kenderaan lain di Jalan Bandar Kinrara 6F, Bandar Kinrara, Serdang Isnin lalu telah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’a berkata, sampel darah telah diambil dan dihantar untuk analisa Jabatan Kimia.

Menurutnya, pihaknya masih menunggu keputusan ujian darah tersebut yang dijangka akan mengambil sedikit masa.

“Suspek sudah diberi jaminan oleh polis dan setelah semua keterangan diperolehi, akan rujuk Kertas Siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

“Sementara itu pemeriksaan fizikal kenderaan juga akan dibuat, dan akan mengambil masa untuk dapatkan laporan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu Azman berkata, polis memohon bantuan saksi yang mempunyai rakaman papan pemuka berkaitan kereta Perodua MyVi tersebut (sebelum kejadian) untuk berhubung dengan pegawai penyiasat kes untuk membantu siasatan.

Dalam kejadian pada pukul 2 petang itu, pemandu kereta berusia 26 tahun berkenaan merempuh van dan Proton Waja mengakibatkan pemandu van cedera parah.

Insiden kemalangan itu juga dirakam oleh kamera papan pemuka kenderaan lain yang melalui kawasan itu sebelum rakaman tersebut tular di laman sosial.

Rakaman tersebut menunjukkan Perodua Myvi terbabit dipandu laju sebelum merempuh dua kenderaan lain.

Akibat rempuhan itu, sebuah van dilihat terbabas dan terbalik ke kiri jalan manakala sebuah lagi kenderaan turut terbabas. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI