fbpx

Pelacuran ibu tunggal melalui aplikasi MiChat dikesan di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi dua buah rumah yang menjadi pusat kegiatan pelacuran menggunakan aplikasi MiChat di Kubang Kerian, Kota Bharu.

KOTA BHARU – Polis Kelantan berjaya membongkar kegiatan sindiket pelacuran melibatkan lima wanita warga tempatan dipercayai golongan ibu tunggal melalui aplikasi MiChat yang dijalankan di dua buah rumah di Kubang Kerian di sini semalam.

Serbuan di rumah berkenaan dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah, Cawangan D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan menerusi Ops Noda bermula pukul 3 hingga 5 petang semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, dalam operasi itu, polis berjaya menahan sembilan lelaki tempatan, seorang lelaki warga Myanmar dan lima wanita tempatan berusia 22 hingga 60 tahun yang dipercayai terlibat dengan aktiviti pelacuran.

Katanya, siasatan mendapati, salah seorang daripada lelaki tempatan itu dipercayai terlibat dengan urusan aktiviti pelacuran yang berperanan mengurus dan mendapatkan pelanggan melalui aplikasi MiChat.

“Sindiket ini menggunakan nama saluran ‘Adik Sayang Abang Sayang’ melalui aplikasi MiChat. Mereka juga beroperasi 24 jam sehari untuk menerima pelanggan.

“Pelanggan juga dipercayai membayar sebanyak RM250 hingga RM300 untuk mendapatkan perkhidmatan pelacur daripada golongan ibu tunggal. Selain itu, orang tengah yang menguruskan kegiatan itu pula menerima upah sebanyak RM100 untuk seorang pelacur,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Shafien, dalam operasi itu, polis merampas barang kes yang digunakan untuk aktiviti pelacuran iaitu satu buku log yang mengandungi catatan sewaan bilik, tujuh keping kondom dan lapan unit telefon pintar.

Katanya, polis turut merampas satu kunci bilik, sebotol minyak urut, dua keping kondom yang sudah digunakan dan wang tunai berjumlah RM 1,917.

“Siasatan mendapati, sindiket itu dipercayai terlibat dengan kegiatan pelacuran menggunakan aplikasi MiChat yang berpangkalan di rumah itu sejak tiga bulan lalu.

“Berdasarkan maklumat yang diterima, pelacur akan datang ke rumah itu selepas orang tengah menguruskan urusan dengan pelanggan. Selain itu, pelanggan juga perlu membayar RM30 untuk menyewa sebuah bilik bagi aktiviti persundalan itu,” katanya.

Menurut Shafien, semua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga Selasa depan untuk disiasat mengikut Seksyen 372A Kanun Keseksaan kerana hidup hasil daripada atau perdagangkan persundalan dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana mencari langganan bagi maksud persundalan.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan aktiviti pelacuran di Kelantan boleh hubungi Hotline Polis Kontinjen Kelantan di talian 09-745 0999.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI