fbpx

Mohd. Daud dilantik Pengerusi MAIWP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli (tengah) menyampaikan watikah pelantikan kepada Mohd. Daud (kanan) sebagai Pengerusi MAIWP di Kompleks Islam Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA – Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Datuk Dr. Mohd. Daud Bakar dilantik sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) baharu berkuat kuasa 10 Februari lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, pelantikan beliau telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Beliau berkata, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Abdul Aziz Jusoh pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi MAIWP baharu.

“Baginda turut memperkenan pelantikan 21 orang ahli MAIWP baharu berkuat kuasa tarikh yang sama.

“Semalam, saya telah menyerahkan watikah pelantikan kepada barisan ahli MAIWP yang baharu di Kompleks Islam Putrajaya di sini,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Zulkifli berkata, Mohd. Daud adalah seorang tokoh dan pakar kewangan Islam di mana beliau juga adalah Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia.

“Beliau turut aktif dalam menjadi penasihat syariah institusi kewangan di peringkat antarabangsa seperti di Oman, Dubai, Perancis, London dan sebagainya,” katanya.

Zulkifli berkata, seramai lima orang ahli Ex-Officio turut dilantik selari dengan peruntukan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505].

Mereka ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Sallehhuddin Hassan; Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun; Ketua Polis Kuala Lumpur,.Datuk Saiful Azly Kamaruddin; Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Luqman Abdullah dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI