PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah tiba di Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya di Presint 11 di sini kira-kira pukul 2 petang tadi.
Beliau kemudian dibawa masuk ke dalam klinik kesihatan itu dengan diiringi para petugas kesihatan.
Noor Hisham adalah antara enam individu terawal termasuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan menerima suntikan vaksin Covid-19, kira-kira pukul 3 petang ini.
Terdahulu, kenderaan yang menbawa dos vaksin Covid-19 tiba di klinik kesihatan berkenaan kira-kira pukul 1 tengah hari tadi.
Lebih 100 pengamal media termasuk wartawan dan jurukamera berkampung di perkarangan Klinik Kesihatan Putrajaya, Presint 11, sejak 1 tengah hari bagi merakam detik bersejarah hari pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), hari ini. – K! ONLINE