KUCHING – Mayat pemandu sebuah kenderaan yang terjatuh ke dalam Sungai Sarawak berdekatan Jambatan Satok di sini pagi tadi telah dijumpai.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, mayat wanita warga emas itu dikeluarkan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) pada pukul 12.56 tengah hari.
“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mangsa yang dikenal pasti sebagai Ng Yian Hong, 70, dipercayai memandu sebuah kereta jenis Perodua Kenari sebelum terjatuh ke dalam sungai berkenaan pada pukul 10.30 pagi.
Menurut keterangan saksi, kenderaan terbabit telah masuk ke dalam sungai dari tebing sejauh 30 meter.- K! ONLINE