fbpx

Impak kes seksual Kang Hyun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANG HYUN

STESEN Mnet menerusi satu kenyataan rasmi mengesahkan bahawa kemunculan rapper Kang Hyun dalam program School Rapper 4 pada 19 Februari lalu akan dipadamkan sepenuhnya.

Selepas program berkenaan ditayangkan minggu lalu, seorang netizen dikenali sebagai ‘A’ tampil mengejutkan umum apabila mendakwa pernah diserang secara seksual oleh penyanyi itu dalam satu kejadian pada 2018.

‘A’ membawa kes tersebut ke mahkamah sebelum Kang Hyun kemudian didapati bersalah dan diperintah membayar denda sebanyak dua juta won (RM7,305).

Bagaimanapun, ‘A’ mendakwa Kang Hyun langsung tidak pernah membuat permohonan maaf secara peribadi terhadapnya sehingga menyebabkan dirinya berasa trauma setiap kali melihat lelaki itu muncul dalam televisyen.

“Kang Hyun tidak pernah bercerita tentang insiden tersebut.

“Produksi mengetahui perkara tersebut menerusi internet. Dia kemudiannya tampil mengumumkan pengunduran daripada program dan memohon maaf kerana telah menimbulkan masalah.

“Kami juga mohon maaf kepada semua penonton atas kejadian tidak diingini ini,” ujar wakil stesen berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI